INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
DAERAHKuantan
DUNInderapura
MUKIMPenor
PARLIMENP083 Kuantan
NEGERIPahang

Kampung Ubai mempunyai bilangan penduduk lebih kurang seramai 1200 orang

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

PLKN Kampung Hijrah
Pantai Sepat
RTC Kuala Pahang Pekan
Muzium Sultan Abu Bakar
Pusat Tenunan Sutera Pahang
Istana Abu Bakar
Taman Perindustrian DRB Hicom
Tasik Chini

Tempat Makan Yang Menarik

Kedai Makan Nasi Dagang Ubai


Homestay

Happy Homestay Pekan
Alamat: No. 14, Lorong 17, Taman Mentiga Jaya, Pekan, Pahang.
No. Telefon: 013-953 0079
Kampung Lamir Homestay
Alamat: No P.19 Kampung Lamir, 26620 Pekan, Pahang.
No. Telefon : 019-9846239
http://lamirhomestay.blogspot.my/
79 Beach Homestay
Alamat: CU79, Jalan Pantai Lagenda, Kampung Serandu Pantai,
26660 Pekan, Pahang.
No. Telefon: 019-9848004
Homestay Kampung Pantai Sepat
Alamat: Kampung Pantai Sepat, 25100 Kuantan, Pahang.
No. Telefon : 019-918 5127
Kemudahan Awam
Klinik Desa Ubai
Masjid Kg. Ubai
Dewan Orang Ramai
Pendidikan

UMP Kuala Pahang Pekan

Kafa

Kisah Kejayaan

Nama Individu : Amirna binti Ajisat
Umur : 32 tahun
Jantina : Perempuan
Taraf Pendidikan : Diploma
Pekerjaan : Usahawan
Alamat premis perniagaan : Orchid Sister Enterprise, Batu 6, Jalan Gambang Kuantan, Pahang.
Nombor telefon : 011-36390954
Alamat Emel : mirna313@gmail.com
Laman web perniagaan : Facebook: Orchid Sister Enterprise / Mirna Handmade and Fabrics
Nama perniagaan : Orchid Sister Enterprise
Jenis perniagaan / perkhidmatan : Jahitan Pukal / Pakaian
Tahun menjadi ahli PI1M/ menggunakan perkhidmatan PI1M : Ogos 2015
Anggaran pendapatan bulanan : RM 5,000
Kelas latihan yang telah dihadiri di PI1M : Kelas ICT dan Usahawan

Kemahiran ICT sebelum dan selepas menjadi ahli PI1M :-
Sebelum menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pi1M, Amirna mahir dalam kemahiran asas ICT. Beliau tidak tahu bagaimana untuk memasarkan produknya. Selepas menghadiri kelas Usahawan yang disediakan, banyak ilmu untuk memasarkan produknya diperolehi.

Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda? :-
Melalui internet, saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru di media sosial. Sebagai contoh, melalui Facebook, saya dapat menimba ilmu jahitan dari rakan-rakan. Mereka banyak berkongsi cara jahitan serta tidak lokek ilmu. Saya tidak ada asas dalam jahitan tetapi dek kerana minat, saya berusaha mempelajari jahitan yang terdapat di laman web serta Youtube.

Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet? :-
Dengan adanya internet, ilmu jahitan saya dapat ditingkatkan lagi. Saya banyak belajar melalui internet, kurang membeli majalah di kedai-kedai. Saya cuma melayari internet di kedai saya untuk melihat pattern jubah dan tudung yang menjadi trend masa terkini. Saya tidak perlu bersusah payah pergi ke kedai kain untuk membeli kain kerana semuanya sudah boleh dibeli atas talian.

Bagaimana kehidupan anda sebelum mempelajari cara penggunaan internet? :-
Sebelum mempelajari cara penggunaan internet, saya hanya menggunakan sumber majalah fesyen yang dijual di kedai buku sahaja sebagai rujukan.

Apakah impak yang terjadi pada anda setelah menjadi ahli PI1M? :-
Setelah menjadi ahli Pi1M, saya dapat menambahkan lagi jualan saya melalui media social dengan berkenalan dengan lebih ramai kawan dan pelanggan di seluruh Malaysia serta mempelajari teknik-teknik untuk memasarkan produk saya.

Bagaimanakah anda mendapat ilham untuk mencapai kejayaan? :-
Saya mendapat inspirasi daripada kawan-kawan yang begitu aktif menceburi bidang jahitan ini. Saya rasa terpengaruh kerana keuntungan yang diperolehi berlipat ganda.

Apakah pandangan pertama anda terhadap PI1M? :-
Pada asalnya, saya menyangka Pi1M ini seperti CyberCafe yang lain. Tetapi, sangkaan itu meleset sama sekali. Pi1M menitikberatkan prinsip Rukun Negara, melahirkan masyarakat yang bersopan dan menjaga akhlak.

Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI1M? :-
Tarikan utama saya datang ke Pi1M adalah kerana tempatnya berdekatan dengan kediaman saya. Caj internet yang dikenakan juga lebih murah berbanding cybercafé lain. Kelas ICT dan usahawan yang diberikan secara percuma juga menarik ramai pelanggan untuk mengunjungi Pi1M.

Bagaimanakah cara PI1M dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain? :-
Pi1M banyak membantu dari segi teknik pemasaran produk melalui kelas usahawan yang disediakan. Jika saya datang ke Pi1M dan mengalami masalah ketika ingin mengisi borang, pihak Pi1M bersedia untuk membantu.

Berikan cadangan dan pandangan bagi menambahbaik PI1M? (kemudahan, aktiviti latihan / kursus, promosi dan lain-lain :-
Saya ingin mencadangkan Pi1M menjual simkad/handphone bagi memudahkan penduduk kampung melayari internet.

Kenapa kisah kejayaan ini dipilih? :-
Kisah kejayaan ini dipilih kerana Amirna adalah seorang usahawan yang komited dan bersungguh-sungguh dalam kerjanya. Ketika dalam kelas Usahawan, beliau sangat aktif bertanya tanpa segan apa yang beliau tidak faham. Beliau menunjukkan komitmen yang tinggi serta mengikuti semua aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Dengan adanya internet, beliau dapat menimba ilmu jahitan serta mempromosikan produknya kepada rakan-rakan di laman sosial.



Nama Individu : Suhasnina binti Uyob
Umur : 26 Tahun
Jantina : Perempuan
Taraf Pendidikan : Ijazah sarjana muda
Pekerjaan : Usahawan
Alamat premis perniagaan : No 58 Taman Jambu, 26600 Pekan Pahang
Nombor telefon : 013-9199616
Alamat Emel : chanteqmanisbyns@gmail.com
Laman web perniagaan : Facebook= Chanteqmanes / WhatsApp= 013-9199616
Nama perniagaan : Chanteqmanes
Jenis perniagaan / perkhidmatan : Kek dan Bakeri
Tahun menjadi ahli PI1M/ menggunakan perkhidmatan PI1M : 2015
Kelas latihan yang telah dihadiri di PI1M : Kelas asas ICT
Apakah pandangan pertama anda terhadap PI1M? : Pusat Internet adalah seperti ‘cyber café’ yang biasa terdapat di Bandar.
Anggaran pendapatan bulanan : Sebelum = 500 sebulan / Selepas = 1000 sebulan

Bagaimanakah cara PI1M dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain? :-
Kelas ICT dan keusahawanan secara percuma sangat membantu kami khususnya para peniaga.

Kemahiran ICT sebelum dan selepas menjadi ahli PI1M :-
Sebelum menjadi ahli PI1M, Suhasnina mahir dalam beberapa kemahiran asas komputer. Selepas menghadiri kelas keusahawanan di PI1M banyak ilmu pemasaran melalui internet dan cara-cara menjana pendapatan melalui internet dapat diperolehi.

Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda? :-
Saya menggunakan internet sebagai medium pemasaran saya. Saya banyak memasarkan produk saya melalui media social seperti facebook, instagram dan twitter.

Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet? :-
Dengan adanya internet, cara pengurusan saya lebih mudah. Kebanyakkan tempahan saya adalah melalui media social, hal ini kerana saya masih lagi tidak mempunyai kedai secara fizikal. Jadi saya amat bergantung kepada penggunaan internet bagi memasarkan produk saya. Bahan mentah untuk produk saya juga amat mudah didapati dan membuat tempahan melalui internet. Oleh kerana saya menjalankan aktiviti perniagaan dalam industry makanan, saya juga dapat mencari maklumat untuk menambah nilai produk saya.

Bagaimana kehidupan anda sebelum mempelajari cara penggunaan internet? :-
Selepas bergelar graduan, saya hanya melayari laman social hanya untuk berhubung dengan rakan. Kini, saya dapati terdapat pelbagai manfaat dapat diperolehi dengan penggunaan internet yang berkesan. Kita hanya perlu rajin mencari, dan menerobos dunia digital ini untuk memaksimakan penggunaannya kepada kehidupan seharian

Apakah impak yang terjadi pada anda setelah menjadi ahli PI1M? :-
Setelah menjadi ahli PI1M, pelbagai ilmu tentang teknologi dapat saya perolehi. Khususnya dalam perkembangan perniagaan saya. Saya berasa lebih yakin untuk memasarkan produk saya menggunakan medium internet.

Bagaimanakah anda mendapat ilham untuk mencapai kejayaan? :-
Saya amat meminati rancangan masakan Masterchef, jadi saya selalu ke Pusat Internet untuk menonton siaran ulangan di ‘youtube’. Melihat kejayaan orang biasa yang hanya memasak dari rumah dapat membuka restoran. Saya menjadi semangat untuk menceburi dalam bidang ini. Jadi sebagai langkah awal untuk mempersiapkan diri, saya telah menghadiri beberapa kelas masakan dan telah menjalani kursus praktikal di kedai kek di kuantan.

Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI1M? :-
Kemudahan yang serba canggih di PI1M, dan caj yang dikenakan lebih murah berbanding ‘cyber café’ lain. Selain daripada itu, kelas latihan ict yang dijalankan secara percuma amat menarik perhatian

Berikan cadangan dan pandangan bagi menambahbaik PI1M? (kemudahan, aktiviti latihan / kursus, promosi dan lain-lain) :-
Saya ingin mencadangkan agar ada satu ruangan khas untuk peniaga mempromosikan produk mereka di PI1M.

Kenapa kisah kejayaan ini dipilih? :-
Kisah kejayaan ini dipilih kerana Suhasnina merupakan seorang usahawan yang komited dan cemerlang. Beliau menunjukkan minat yang mendalam untuk menghadiri kelas usahawan dan kelas ICT yang disediakan. Dengan adanya kemudahan internet yang disediakan di PI1M, beliau dapat mempromosikan produk beliau melalui media sosial. Beliau juga dapat mencari idea baru untuk mereka design baru supaya pelanggan tidak berasa jemu dengan design yang lama. Beliau merupakan seorang yang kreatif dan bercita-cita tinggi dan mempunyai matlamat yang jelas dalam bidang perniagaan. Dengan bantuan internet, beliau juga lebih bijak dalam mencari pelanggan baru serta dapat menyertai kelas masakan secara percuma yang sering diiklankan di laman web.



Nama Individu : Romizan binti Ibrahim
Umur: 43 tahun
Jantina: Perempuan
Taraf Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan: Pengusaha Kedai Makan
Alamat premis perniagaan : Harina Nasi Dagang, Lot Kedai Belia Kampung Ubai Pulau Rusa, 26060 Pekan Pahang
Nombor telefon : 012-9292107
Alamat emel : yonnasidagang@gmail.com
Laman web perniagaan : Harina Nasi Dagang (Facebook page) / Romizan Ibrahim (Facebook) / harinanasidagang.blogspot.my
Nama perniagaan : Harina Nasi Dagang
Kelas latihan yang telah dihadiri di PI1M : Kelas ICT
Anggaran pendapatan bulanan : RM 28, 000
Jenis perniagaan / perkhidmatan : Menjual pelbagai jenis makanan pagi dan tengahari selain dari nasi dagang dan bersedia menerima sebarang tempahan catering

Tahun menjadi ahli PI1M/ menggunakan perkhidmatan PI1M :-
Menjadi ahli Pi1M sejak tahun 2010, banyak menggunakan perkhidmatan Pi1M sejak dari tahun 2015

Kemahiran ICT sebelum dan selepas menjadi ahli PI1M :-
Sebelum menjadi ahli Pi1M, Romizan tidak pernah menggunakan internet untuk berhubung dengan dunia luar. Selepas menghadiri kelas ICT yang disediakan, beliau dapat mencari rakan-rakan sekolah serta saudara mara untuk berhubung.

Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda? :-
Melalui internet, saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru di media sosial. Sebagai contoh, melalui Facebook, saya dapat menimba ilmu masakan dari rakan-rakan. Dengan adanya internet, saya dapat belajar resepi baru untuk mempelbagaikan lauk masakan di kedai saya.

Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet? :-
Dengan adanya internet, ilmu masakan saya dapat ditingkatkan lagi. Saya banyak belajar melalui internet serta dapat berkongsi menu masakan saya di media social supaya dapat menarik ramai lagi pelanggan terutamanya pelancong dari negeri lain.

Bagaimana kehidupan anda sebelum mempelajari cara penggunaan internet? :-
Sebelum mempelajari cara penggunaan internet, masakan saya terhad kepada beberapa jenis sahaja. Saya kurang idea untuk mempelbagaikan juadah masakan untuk memajukan premis saya.

Apakah impak yang terjadi pada anda setelah menjadi ahli PI1M? :-
Setelah menjadi ahli Pi1M, saya dapat menambahkan lagi jualan saya melalui media social dengan berkenalan dengan lebih ramai kawan dan pelanggan di seluruh Malaysia serta mempelajari teknik-teknik untuk memasarkan produk saya.

Bagaimanakah anda mendapat ilham untuk mencapai kejayaan? :-
Saya mendapat inspirasi daripada saudara-mara serta ahli keluarga. Lagipun saya sebagai anak sulung mestilah menyambung perniagaan keluarga yang diwarisi dari ibu saya.

Apakah pandangan pertama anda terhadap PI1M? :-
Pada pendapat saya, Pusat Internet 1Malaysia ini adalah salah satu usaha kerajaan yang berkesan bagi menangani masalah buta IT serta merapatkan jurang digital antara masyarakat Bandar dan luar Bandar.

Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI1M? :-
Tarikan utama saya datang ke Pi1M adalah kerana tempatnya berdekatan dengan kediaman saya. Caj internet yang dikenakan juga lebih murah berbanding cybercafé lain. Ianya juga mempercepatkan urusan saya kerana apabila saya ingin menggunakan perkhidmatan cetak dan fotokopi, saya tidak perlu pergi ke Bandar untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Kelas ICT dan usahawan yang diberikan secara percuma juga menarik ramai pelanggan untuk mengunjungi Pi1M.

Bagaimanakah cara PI1M dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain? :-
Pi1M boleh membantu dari segi teknik pemasaran produk melalui kelas usahawan yang disediakan. Jika saya datang ke Pi1M dan mengalami masalah ketika ingin mengisi borang, pihak Pi1M bersedia untuk membantu.

Berikan cadangan dan pandangan bagi menambahbaik PI1M? (kemudahan, aktiviti latihan / kursus, promosi dan lain-lain :-
Saya ingin mencadangkan Pi1M menjual simkad/handphone dan juga broadband modem bagi memudahkan penduduk kampung melayari internet.

Kenapa kisah kejayaan ini dipilih? :-
Kisah kejayaan ini dipilih kerana Romizan merupakan seorang ahli Pi1M yang berjaya belajar menggunakan internet untuk mengembangkan perniagaan. Beliau menunjukkan komitmen yang tinggi serta mengikuti semua aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Dengan adanya internet, beliau dapat belajar serta mempromosikan produknya kepada rakan-rakan di laman sosial.

Keusahawanan

• Ghazali bin Bakar

i) Profil Usahawan
Nama Kedai/Premis: Ubai Saji Enterprise
Nama Pengurus: Ghazali bin Bakar
Alamat: No 6, Lot 10, Dataran Usahawan Kg. Ubai, 26060 Kuantan, Pahang D.M.
No Tel: 016-9625937
Tarikh mula berniaga: Tahun 2004

ii) Produk yang dikeluarkan
Serbuk Rempah Ratus dan Pes Masakan Segera (Jenama UbaiSaji)

iii) Laman sesawang:
ubaisaji@yahoo.com
Ghazali Bakarr (Facebook)
Ubai Saji Enterprise (Facebook page)
ubaisaji2004.blogspot.my

iv) Gambar



• Romizan binti Ibrahim

i) Profil Usahawan
Nama Kedai/Premis: Harina Nasi Dagang
Nama Pengurus: Hawa binti Yunan
Alamat: Lot Kedai Belia Kampung Ubai Pulau Rusa, 26060 Pekan Pahang
No Tel: 012-9292107
Tahun mula berniaga: Tahun 1976

ii) Produk yang dikeluarkan
Nasi Dagang serta lauk pauk

iii) Laman sesawang:
 Harina Nasi Dagang (Facebook page)
 yonnasidagang@gmail.com
 Romizan Ibrahim (Facebook)

iv) Gambar



• Mat Kassim bin Baharin

v) Profil Usahawan
Nama Kedai/Premis: Ubai Makmur Enterprise
Nama Pengurus: Mat Kassim bin Baharin
Alamat: No 15, Bengkel IKS LKPP Lorong Kempadang Makmur 43, Pusat
Pertubuhan Desa Kampung Soi, Jalan Pantai Sepat, 25150 Kuantan, Pahang
No Tel: 019-9147740
Tahun mula berniaga: Tahun 2013

vi) Produk yang dikeluarkan
Ayam segar dan sejukbeku, mee kuning, laksa Pahang, santan segar dan kerisik

vii) Laman sesawang:
Mat Kassim Baharim (Facebook)
Ubai Makmur Enterprise (Facebook Page)
ubaimakmur7740@gmail.com

viii) Gambar