Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Ubai terletak di tengah-tengah sempadan di antara Bandar Kuantan dan Pekan, 29.7 km dari Bandar Kuantan, 21.5 km dari Bandar Pekan. Menurut cerita orang tua yang sudah lama menetap di Kampung ini, mereka menyatakan nama kampung tersebut diberi sempena nama satu pokok rempah ubai. Menurut cerita lain, nama kampung ini diberi sempena nama orang asli iaitu ‘Ubai’ yang pernah menetap di kampung ini. Menurut catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MENGGUNAKAN APLIKASI POWTOON SERTA KDB

Aktiviti Terkini |12 Disember 2015

Objektif utama aktiviti ini adalah untuk menghargai ahli Pi1M serta merapatkan silaturrahim antara pihak Pi1M dengan ahli Pi1M Kg Ubai. Selain itu, pihak Pi1M juga ingin memupuk kreativiti ahli Pi1M dengan menggunakan aplikasi tersebut serta memberi komen dan idea untuk meningkatkan lagi fungsi Pi1M di dalam komuniti mereka...baca selanjutnya

MENONTON SAMBIL BELAJAR & KDB

Aktiviti Terkini | 30 November 2015

Matlamat utama program ini adalah untuk menghargai dan mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan dengan pengguna Pi1M Kg Ubai serta meningkatkan tahap ketumpuan pelajar terhadap sesuatu perkara dan meningkatkan taraf penggunaan internet dengan selamat dan bijak...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA MAAL HIJRAH DAN BERGOTONG-ROYONG & KDB

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2015

Pertandingan ini telah diadakan pada 16/10/2015 bagi mengingati semula peristiwa agung ini disamping mengambil pengajaran daripadanya. Selain itu juga, pertandingan ini dapat membuka minda dan memberi pendedahan kepada murid betapa pentingnya hijrah pada umat islam...baca selanjutnya

PROGRAM RESTU ILMU UNTUK CALON UPSR SERTA KDB

Aktiviti Terkini | 6 September 2015

Aktiviti ini dijalankan pada 06/09/2015 (Ahad) pada pukul 12.30 tengahari. Aktiviti ini dimulakan dengan sedikit ucapan maju jaya daripada pihak PI1M bagi menyuntik semangat yang berkobar-kobar kepada para calon UPSR untuk menjawab peperiksaan tersebut yang berlangsung pada 08 hingga 10 September 2015. Set alat tulis diberikan kepada calon UPSR yang merupakan ahli Pi1M sahaja...baca selanjutnya

AKTIVITI MENGHIAS PI1M SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-58

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2015

Aktiviti menghias Pi1M sempena sambutan hari kemerdekaan ini dijalankan adalah untuk membangkitkan semangat patriotik di kalangan anak muda masa kini agar mereka lebih cenderung menghargai erti kemerdekaan bagi sesebuah Negara...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ RAMADHAN & KDB

Aktiviti Terkini | 31 Julai 2015

Pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji pengetahuan peserta tentang Ramadhan. Selain itu aktiviti ini juga dijalankan supaya peserta lebih menghayati bulan yang...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KG.UBAI & mewarna ( KDB )

Aktiviti Terkini | 28 Jun 2015

Aktiviti mencipta logo Kg. Ubai ini diadakan adalah untuk pemilihan logo terbaik dimana pihak JKKK kampung ingin mencari cadangan untuk logo kampung ubai .Selain itu juga aktiviti ini...baca selanjutnya

AKTIVITI BERGOTONG-ROYONG & ( KDB )

Aktiviti Terkini | 31 Mei 2015

Aktiviti bergotong-royong ini diadakan adalah untuk membersih kawasan Pi1m Kg.Ubai dan kawasan sekitar kampung bagi menarikkan lagi minat pengunjung untuk mengunjungi Pi1m pada masa akan datang...baca selanjutnya

Mencipta Robot Menggunakan Bahan Terpakai

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2015

Satu pertandingan mencipta robot menggunakan bahan terpakai...baca selanjutnya

Pertandingan Jingsaw Puzzle

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2015

Pada Hari Jumaat yang lalu, satu pertandinga Jingsaw Puzzle telah dijalankan di PI1M Kampung Ubai...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti