Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Ubai terletak di tengah-tengah sempadan di antara Bandar Kuantan dan Pekan, 29.7 km dari Bandar Kuantan, 21.5 km dari Bandar Pekan. Menurut cerita orang tua yang sudah lama menetap di Kampung ini, mereka menyatakan nama kampung tersebut diberi sempena nama satu pokok rempah ubai. Menurut cerita lain, nama kampung ini diberi sempena nama orang asli iaitu ‘Ubai’ yang pernah menetap di kampung ini. Menurut catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

pertandingan teka silang kata

Aktiviti Terkini | 30 November 2014

Pertandingan Teka Silang Kata ini diadakan bagi menarik minat pengguna mengunjungi pusat internet dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang akan dianjurkan pada masa akan datang. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memenuhi masa lapang pengguna sepanjang cuti sekolah dengan ilmu yang lebih manfaat...baca selanjutnya

pertandingan penggunaan internet paling banyak terbuka ahli pi1m kg ubai

Aktiviti Terkini | 31 Oktober 2014

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pelanggan PI1M yang tidak jemu memberikan sokongan serta menggunakan perkhidmatan di PI1M Kg Ubai...baca selanjutnya

lawatan sambil belajar ke terowong sungai lembing kuantan

Aktiviti Terkini | 27 September 2014

Lawatan Sambil Belajar ke Terowong Bijih Timah & Muzium Sungai Lembing ini adalah bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pelanggan PI1M yang tidak jemu memberikan sokongan serta menggunakan perkhidmatan di PI1M Felda Lepar Hilir & PI1M Kg. Ubai. Selain itu...baca selanjutnya

gotong-royong merdeka dan menghias pi1M Kg Ubai

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2014

Aktiviti ini dapat menanamkan sifat bertanggungjawap dan prihatin kepada kemudahan yang di berikan di samping menghargai adanya Pusat Internet di Kg Ubai, di samping itu juga...baca selanjutnya

pertandingan membuat kad ucapan hari raya paling kreatif dan menarik

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2014

Bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya di Pusat Internet, kami telah mengadakan satu pertandingan yang cukup menarik untuk peserta sertai, berbagai-bagai kreativiti dan idea yang mereka sumbangkan bagi menyempurnakan satu kad ucapan yang menarik...baca selanjutnya

Berita baik untuk usahawan di luar sana

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2014

Para usahawan yang di luar sana, jangan lepaskan peluang keemasan ini, Latihan usahawan di sediakan oleh PI1M Kg Ubai secara percuma untuk memberi pendedahan awal kepada usahawan yang baru mencuba-cuba dalam perniagaan online...baca selanjutnya

pertandingan LIGA REMAJA KREATIF 2014 SUDAH KEMBALI

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2014

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM)...baca selanjutnya

pertandingan Kaligrafi paint dan susun abjad (kdb)

Aktiviti Terkini | 27 Jun 2014

Ramai di kalangan belia-belia tidak mengetahui fungsi Paint yang terdapat di dalam PC ataupun Laptop mereka, dengan pertandingan inilah mereka sedar bahawa Paint banyak fungsinya,dengan Paint banyak perkara boleh kita lakukan, antaranya dengan melukis Kaligrafi Art...baca selanjutnya

pertandingan mewarna dan kdb kategori warga emas serta dewasa

Aktiviti Terkini | 23 Mei 2014

Pertandingan ini adalah salah satu keunikan aktiviti yang tidak pernah PI1M Kg Ubai lakukan, ianya juga menarik minat mereka dalam mewarna dan mencungkil seni yang ada. Silaturahim dan ikatan ukwah yang dapat di tonjolkan antara mereka,saling mempunyai daya saing yang tinggi...baca selanjutnya

pertandingan menjahit manik berpandukan carian google dan web

Aktiviti Terkini | 19 April 2014

Pertandingan ini di anjurkan oleh PI1M Kg Ubai bersama-sama dengan Pusat Sumber Kg Ubai bagi bertujuan mencungkil bakat dalam jahitan manik dan juga dapat mempelajari penggunaan carian google dan web. Pertandingan ini dapat menarik minat golongan wanita belia-belia kampung...baca selanjutnya

kejohanan badminton pi1m dan jemputan kg seri damai, kuantan

Aktiviti Terkini | 14 Mac 2014

Kejohanan ini adalah anjuran bersama PI1M sekitar kuantan bagi tujuan meningkatkan daya saing dalam sukan dan juga daya saing dalam dunia teknologi, di adakan selama tiga hari dan penyertaan amat mengalakkan yang terdiri dari wakil-wakil pusat internet masing-masing. Tujuan utama kejohanan ini di buat...baca selanjutnya

pertandingan mewarna dan sesi pengenalan ict bersama si cilik

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2014

Aktiviti ini adalah anjuran bersama-sama dengan Tabika Kemas Kg Ubai untuk memberi pendedahan kepada si cilik tentang teknologi komputer dan menarik minat mereka terhadap dunia ICT yang sedang berkembang, di samping itu memberi mereka daya saing dalam pertandingan yang diadakan dan mengalakkan lagi mereka menyertainya pada masa akan datang...baca selanjutnya

kuiz dan poster sempena maulidur rasul

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2014

Sempena Maulidur Rasul, Pusat Internet Kg Ubai telah mengadakan beberapa aktiviti yang bertemakan Maulidur Rasul, antaranya adalah dengan menjawap kuiz dan membuat poster yang kreatif sempena Maulidur Rasul tersebut. Tujuan aktiviti ini di jalankan adalah untuk...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti