Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Ubai terletak di tengah-tengah sempadan di antara Bandar Kuantan dan Pekan, 29.7 km dari Bandar Kuantan, 21.5 km dari Bandar Pekan. Menurut cerita orang tua yang sudah lama menetap di Kampung ini, mereka menyatakan nama kampung tersebut diberi sempena nama satu pokok rempah ubai. Menurut cerita lain, nama kampung ini diberi sempena nama orang asli iaitu ‘Ubai’ yang pernah menetap di kampung ini. Menurut catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Mewarna Atas Talian & Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2017

Aktiviti ini adalah aktiviti mewarna atas talian bersama Pelajar Prasekolah Sekolah Kebangsaan Ubai yang bertujuan untuk memperkenalkan Pi1M serta memberi sedikit pengetahuan berkenaan Klik dengan Bijak...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

LAWATAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KKMM KE PI1M SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 12 April 2017

Lawatan ini bertujuan memperkenalkan aktiviti dan program yang dilakukan di PI1M Semambu selain dapat berkongsi-kongsi pendapat untuk meningkatkan dan menaik taraf perkhidmatan PI1M...baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANGKATA KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 01 April 2017

Pertandingan ini dapat menguji daya kefahaman pelajar dalam penggunaan komputer serta pengetahuan dalam keselamatan menggunakan internet dalam kehidupan seharian...baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 28 - 30 Mac 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

Balok Wind Challenge

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

Progam ini memberi peluang kepada PI1M untuk memberi pendedahan kepada penduduk mengenai keselamatan menggunakan internet, memperkenalkan perkhidmatan yang ada di PI1M dan melatih penduduk kitar semula peranti elektronik dengan cara yang betul...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak, E-Waste & Digi Cybersafe

Aktiviti Terkini | 04 Februari 2017

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan dan mempromosi aktiviti PI1M kepada penduduk setempat disamping menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN REKACIPTA MENGGUNAKAN KOTAK

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan pelajar untuk mengitar semula dan menjaga alam sekitar dan menguji daya kreativiti para pelajar dalam merekacipta. Selain itu, pertandingan ini juga dapat mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat dan menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk ...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti